Thursday, July 22, 2010

Program Minggu bacathon

Persembahan daripada murid prasekolah membuka tirai persembahan 


Persembahan sajak yang memukau jemputan


       Adik Wan Jun Aina, bekas murid prasekolah 2009 membawakan ceritanya semasa di prasekolah


Bekas murid prasekolah sesi 2007 yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ' Sekolahku Hebat' anjuran Astro membacakan karangannya.



Murid prasekolah antara wakil yang menerima sumbangan daripada Syarikat Cyberview


        Pada 19 Julai baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perasmian Program Bacathon bertempat di Dewan sekolah.

       Murid prasekolah adalah antara penerima sumbangan daripada syarikat Cyberview, berupa buku cerita. Prasekolah telah mengadakan  sebanyak lima pertandingan dalaman iaitu pertandingan membaca lancar, pertandingan membaca berita, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, pertandingan mencari barang tersembunyi, pertandingan teka jumlah objek dan pertandingan nyanyian. Murid-murid begitu teruja menyertai pertandingan yang telah diadakan. Pelbagai ragam dan telatah yang dapat disaksikan.

         Tahniah kepada murid yang telah memenangi pertandingan yang diadakan. kepada yang tiak berjaya, jangan putus asa!