Wednesday, April 20, 2011

Latihan Kebakaran

Aik? santai aje pakai kasut? Macamana nak sampai padang dalam masa dua minit ni?


Periksa betul-betul ye Cikgu Fizah dan Cikgu Salmah, takut ada murid tercicir di kelas


Menunggu sementara sekolah 'dijilat api'




Sementara sekolah 'dijilat api', sempat lagi cikgu-cikgu prasekolah berposing

Latihan kebakaran telah diadakan pada 14 April yang lalu. Keadaan menjadi tidak terkawal pada mulanya kerana ada murid yang cemas ketakutan kerana bunyi loceng kecemasan yang kuat dan tidak berhenti. Walaubagaimanapun dapat juga kami sampai ke padang sekolah dalam masa yang ditetapkan. Emmm macam kena buat lagi sekali aje sebab masih ada lagi murid yang bersantai.



Friday, April 1, 2011

Sambutan Ulang Tahun

Dimulakan dengan ucapan oleh Puan Guru Besar


Barisan pentadbir yang turut hadir


Antara birthday girl yang diraikan


Cikgu Azira mengakhiri tempoh praktikumnya


Topeng buatan sendiri.


Membaca doa makan

Pada Mac lalu, satu jamuan Hari Jadi telah diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac. Majlis meriah ini telah dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah. Selamat ulang tahun diucapkan kepada  mereka yang berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menyumbangkan makanan untuk jamuan tersebut. Semuanya sedap-sedap belaka. 

Ceramah Penjagaan Gigi 2011

khusyuknya mendengar...


Olok-olok memeriksa gigi pesakit.


" gigi awak ni perlu ditampal", kata  Dr. Airiel


Menunggu giliran


Inilah cara gosok gigi yang betul.


" Adik-adik, gosok macam ini ye"


Aik? gosok gigi pun sedih?

"Pandang sisi semua"

Pada 24 Mac satu ceramah penjagaan gigi oleh Pusat Kesihatan Sepang telah diadakan.  Murid-murid  kelihatan  sangat teruja menayang berus gigi masing-masing....macamlah dia sorang aje yang ada berus gigi. Lepas berus gigi pulak sibuk menayang gigi masing-masing.......macam tak pernah berus gigi aje. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih kepada Pusat Kesihatan Sepang. Murid-murid sangat gembira dengan program ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan.