Sunday, September 30, 2012

Sukan Tahunan Sekolah 2012


Penuh warna warni
Kiri kanan kiri kanan kiri
Acara Turtle walk
 
Terima kasih kepada ibu-ibu dan bapak-bapak yang duduk kat tepi, tidak masuk ke dalam gelanggang.   
Pada hari terakhir bulan Disember, sukan tahunan telah dijalankan di padang sekolah. Tahun ni tiada rumah-rumah yang bertanding, semuanya sama sahaja. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan. 2 daripadanya telah dijalankan sebelum hari sukan. Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah terlibat dalam acara ini.




















Friday, September 14, 2012

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 1433H

Jom makan

Beratur nak ambil makanan....memang dah tak sabar

Kak Amani cepat la...

Acara paling best...makan

Dalam banyak-banyak acara tahunan, acara  yang paling bahagia ialah Jamuan Hari Raya. Murid dan cikgu dapat makan banyak-banyak dan semua melaram dengan baju raya masing-masing. Bila murid bergaya dengan baju raya...cikgu pun tak kenal, semua comel-comel. Bila semua dah kenyang.....ha susah nak dengar arahan. Kepada ibubapa dan cikgu-cikgu yang menyumbangkan makanan, terima kasih kami ucapkan. Tahun depan bolehlah sumbangkan lagi ye.... he he

















Thursday, September 6, 2012

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Sepang 2012



Berdebar masa mula-mula sampai


Encik Ahmad Rahimi; Pegawai Pendidikan Prasekolah Daerah Sepang melepaskan peserta  di garisan permulaan.


Suasana acara sprint

Acara Backward Throwing.


Ini acara makan.

Acara terakhir; sprint hurdle


Ha... ini paling best ; acara terima hadiah. Pasukan kami berjaya mendapat tempat pertama.

Bergambar sebagai pemenang sebelum pulang


Sekolah, Kebanggaanku. Bergambar dengan grafiti sebelum diserahkan kepada PPD

            Semalam telah berlangsung Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Sepang Zon Cyberjaya-Putra Perdana. Pertandingan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Putra Perdana 2, lebih kurang 13 minit dari sekolah....hmmm jiran terdekat kami. Seramai 3 pasukan dengan dianggotai  30 orang murid telah menyertai kejohanan ini. Sebanyak 17 pasukan berentap daripada sekolah zon Cyberjaya-Putra Perdana.

             Latihan selama berminggu-minggu telah membuahkan hasil apabila kami berjaya menempatkan diri ke tempat teratas diantara pasukan sekolah lain. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya. Hmmm kemenangan ini perlu kita ulang pada tahun hadapan... Insya Allah.