Thursday, December 1, 2011

Konvokesyen

Sempat berposing gaya bebas


Alamak! topi saya tercabut!!

Cepatlah cikgu, penat ni!!!

Semasa pembahagian sekotak KFC

Persembahan murid prasekolah

         Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir nak habis sesi persekolahan tahun ini. Tibalah Majlis Konvokesyen yang telah dilaksanakan sekali dengan Hari Anugerah Cemerlang sekolah. Murid prasekolah tahun ini merasmikan jubah konvo yang baru. Ehemm, boleh tahan cantik juga jubah baru niye...he he he

            Kepada murid-murid yang berjaya mendapat anugerah diucapkan tahniah, kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa. Boleh  cuba lagi di tahun akan datang.

             Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat bercuti kepada murid-murid cikgu. Hik hik sedih jugak nak berpisah dengan anak-anak murid ni. walaubagaimanapun cikgu akan mendoakan kejayaan kamu walau dimana pun berada. 

             


Tuesday, November 15, 2011

Jamuan Ulang Tahun dan Jamuan Akhir Tahun

Birthday boys and girls yang diraikan


Berebut-rebut nak potong kek


Ready cepat  Adana!!!


Bermajlis di kelas yang baru sebulan dibuka


Action potong kek bukan main lagi...lepas tu tak makan pun.


Tuesday, September 20, 2011

Lawatan 2011



Melihat demonstrasi membuat coklat di kilang coklat Extreme


Demonstrator yang bertugas pada hari tersebut


Mengambil tempat di kilang beras Sunflower


 Laluan ke bilik taklimat di kilang Sunflower


 Disebabkan korang selalu makan nasi tak habis, nah tengoklah macamana nak buat sebutir beras. 


Merasai nasi yang telah terhasil daripada beras tadi

 Ini gambar yang skema, yang posing sakan tak boleh publish


   Menyaksikan anak ayam menetas                                           Menaiki burung unta

Angsa pun ada


Adik Auni yang berani


     Seronok!!! itulah yang dapat dikatakan dengan lawatan pada tahun ini. Lokasi pertama kali adalah kilang coklat yang terletak di Balakong. Kami telah berpeluang melihat bagaimana coklat dibentuk dengan menggunakan acuan. 

       Lokasi kedua kami ialah kilang beras Sunflower. Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana  daripada padi menjadi nasi. Susahnya nak menghasilkan sebutir nasi. Lepas ni janganlah ada lagi pembuangan nasi.

        Akhir sekali kami melawat ladang haiwan ternakan di Semenyih. Di sini murid berpeluang menunggang kuda padi yang comel dan juga burung unta yang tidak peramah. Seronok murid-murid meliahat angsa, itik, kambing dan proses penetasan anak ayam.

         Walaupun penat tapi kami tetap seronok!