Tuesday, November 15, 2011

Jamuan Ulang Tahun dan Jamuan Akhir Tahun

Birthday boys and girls yang diraikan


Berebut-rebut nak potong kek


Ready cepat  Adana!!!


Bermajlis di kelas yang baru sebulan dibuka


Action potong kek bukan main lagi...lepas tu tak makan pun.


Tuesday, September 20, 2011

Lawatan 2011



Melihat demonstrasi membuat coklat di kilang coklat Extreme


Demonstrator yang bertugas pada hari tersebut


Mengambil tempat di kilang beras Sunflower


 Laluan ke bilik taklimat di kilang Sunflower


 Disebabkan korang selalu makan nasi tak habis, nah tengoklah macamana nak buat sebutir beras. 


Merasai nasi yang telah terhasil daripada beras tadi

 Ini gambar yang skema, yang posing sakan tak boleh publish


   Menyaksikan anak ayam menetas                                           Menaiki burung unta

Angsa pun ada


Adik Auni yang berani


     Seronok!!! itulah yang dapat dikatakan dengan lawatan pada tahun ini. Lokasi pertama kali adalah kilang coklat yang terletak di Balakong. Kami telah berpeluang melihat bagaimana coklat dibentuk dengan menggunakan acuan. 

       Lokasi kedua kami ialah kilang beras Sunflower. Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana  daripada padi menjadi nasi. Susahnya nak menghasilkan sebutir nasi. Lepas ni janganlah ada lagi pembuangan nasi.

        Akhir sekali kami melawat ladang haiwan ternakan di Semenyih. Di sini murid berpeluang menunggang kuda padi yang comel dan juga burung unta yang tidak peramah. Seronok murid-murid meliahat angsa, itik, kambing dan proses penetasan anak ayam.

         Walaupun penat tapi kami tetap seronok!

Sunday, May 15, 2011

Hari Terbuka Bomba dan Penyelamat Cyberjaya

 Menaiki bas VIP


 Di depan pejabat Bomba dan Penyelamat  Cyberjaya


 Taklimat sebelum Pertandingan Mewarna


Alang-alang tenyeh biar sampai menang.


 Khusyuk mewarna


 Beratur menunggu giliran menaiki lori bomba


Yahoo! dapat naik juga lori bomba.


 Suasana pameran bergerak di dalam bas bomba.


 Nasib baik tak de murid yang tak mau turun.


 Team dari Prasekolah SK Cyberjaya


Tahniah kepada yang berjaya memenangi pertandingan mewarna

             Kami telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Mewarna sempena Hari Terbuka Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya pada 11 Mei 2011. Seramai 50 orang murid telah mewakili prasekolah dalam pertandingan tersebut. Selain daripada mewarna, murid-murid telah berpeluang menaiki dan meronda dengan lori bomba. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan ini. Kepada yang menang dalam pertandingan tersebut, tahniah diucapkan. 
               
               Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi ye!