Friday, August 21, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Gaya adik Nur Dina Maisarah mendeklamasikan sajak
'Erti Merdeka'


GKibaran Jalur Gemilang oleh murid prasekolah


Merdeka tetaplah merdeka....


Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilancarkan pada 17 Ogos waktu perhimpunan. Semua murid prasekolah begitu bersemangat sekali melaungkan ' merdeka', sampaikan dalam kelas pun masih sambung lagi melaungkan merdeka.
Dalam majlis pelancaran tersebut, adik Nur Dina Maisarah dari Venus I telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk ' Erti Merdeka'. Walaupun keadaannya tidak begitu sihat, tetapi beliau berjaya mendeklamasikan sajak tersebut dengan begitu bersemangat sekali.
Syabas diucapkan.


"Beratur elok-elok, jangan potong barisan, lepas ni cikgu pun nak cop jugak," kata cikgu Syikin



Mengecop tangan dengan gaya menentang H1N1



Adik Rajen turut mengecop tangan.....Satu Malaysia



Adik Irsyad mengecop tangannya... pandang kat kain tu nanti tercop baju pula...




Selain itu murid-murid prasekolah juga telah 'mengecop tangan' di atas kain rentang sepanjang 52 meter sebagai simbolik 52 tahun kemerdekaan. Kain rentang tersebut turut merakamkan ' tangan-tangan' seluruh warga SK Cyberjaya termasuk guru-guru dan kaki tangan.

Monday, August 17, 2009

Jom Cuci Tangan & Sambutan Hari Ulang Tahun



Berebut-rebut nak jawab soalan ke atau sebenarnya nak
hadiah? Boleh la apa-apa pun


Adik Izzati Nasuha berjaya menjawab soalan dengan betul...nah ambik hadiah ni.


"Macam ni cara basuh tangan yang betul dik, lepas ni tak usah risau sebab adik guna Lifebuoy",


Pada 14 Ogos satu ceramah tentang menangani H1N1 telah diadakan di Dewan Kompleks Sekolah Cyberjaya pada 14 Ogos 2009 jam 9:30 pagi. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd bersama Lifebuoy. Murid-murid telah diajar cara-cara untuk mencuci tangan dengan betul. Demonstrasi cara membasuh tangan juga diadakan.


"Topeng pernafasan, bukan penghalang untuk saya tekun melakukannya"



"Salah tu, tiru macam saya!"


Pada hari yang sama juga, sambutan Hari Ulang Tahun juga telah diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Selain daripada aktiviti menjamu selera, aktiviti membuat bekas pensel juga telah dijalankan. Nampaknya begitu seronok mereka membuat kotak pensel sendiri. Jaga baik-baik ye bekas pensel tu!!!!

Sunday, August 16, 2009

Pemeriksaan Kesihatan

Seriusnya... Senyumlah sikit.
Dari kiri : Pn Asmah Arbi, Pn. Norsyawaliah, Pn Hidayati, Pn. Rohana dan Pn Shameela


Bye bye ...tahun depan jumpa lagi


Pada 13 Ogos yang lalu satu pasukan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid-murid prasekolah Venus I dan Venus II.
Pemeriksaan ini meliputi pemeriksaan mata, parut BCG dan pemberian ubat cacing.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan kesihatan tersebut. Kepada ibu bapa yang telah mendapat surat agar anaknya mengulangi suntikan BCG atau membuat cermin mata, anda dinasihati mematuhinya.

Tuesday, August 11, 2009

Pertandingan Tunas Kreatif

Kusyuk mewarna...


orang sibuk menggentel doh... dia sibuk berposing.... hish hish Faaris ni



Adik Faaris, Atikah dan Hani Khadijah mewakili sekolah dalam acara membentuk doh



Pada 4 Ogos satu pertandingan yang dinamakan Tunas Kreatif peringkat daerah Sepang telah berlangsung di SK KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu mewarna dan membentuk doh.
Adik Nur Dina Maisarah, Wan Jun Aina dan Muhammad Faiq Syahmi telah mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna. Manakala adik Nur Atikah, Muhammad Faaris dan Hani Khadijah telah menyertai pertandingan membentuk doh. Walaupun tidak mendapat tempat, namun apa yang penting ialah kerjasama yang telah ditonjolkan dikalangan mereka sebagai satu pasukan. Mmm.. tapi tahun depan kena cuba untuk menang.