Monday, January 4, 2010

Hari Taklimat Ibu Bapa Sesi Persekolahan 2010

Aktiviti prasekolah yang pertama membuka tirai pada sesi persekolahan 2010 adalah Hari Taklimat Ibu Bapa . Taklimat yang telah diadakan di kelas Prasekolah Yakin telah dihadiri kira-kira 27 keluarga. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa lebih mengenali prasekolah kami.

Seramai 6 orang ibu bapa telah dipilih menjadi ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Prasekolah iaitu:

  • Encik Mohd Zaki
  • Encik Iskandar Kamel
  • Encik Khairul Azman
  • Puan Afidah Bt Kamaruddin
  • Puan Halimaton
  • Puan Zaini Rozieta
Adalah menjadi harapan kami warga prasekolah, agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama padu dalam menjayakan aktiviti sepanjang tahun ini.

Makluman:
Mulai Tahun 2010, nama bagi kelas prasekolah dijenamakan semula.
Prasekolah Venus I adalah Prasekolah Yakin, manakala Prasekolah Venus II pula adalah Prasekolah Cemerlang.