Friday, April 30, 2010

Sukan Tahunan Prasekolah SK Cyberjaya



Bersiap ketika masuk perbarisan.



                                              Antara acara yang dipertandingkan



Acara keluarga... Balqis kenapa mulut melopong tu?



Acara membalut anak menjadi mumia...


        Serba oren.....antara ibu bapa yang menjadi jawatankuasa.

        Pada 17 April yang lalu Sukan Tahunan Prasekolah telah diadakan di Indoor Sport Center, Universiti Multimedia, Cyberjaya.

        Rumah merah yang diketuai oleh adik Amin Rais telah berjaya menjadi johan anatara rumah sukan tahun ini.  Sebanyak 8 acara murid dan 3 acara keluarga yang telah dijalankan . Sukan yang sepenuhnya dikelolai Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah Sesi 2010 diketuai oleh encik Iskandar Kamel. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah sudi menyumbangkan tenaga, wang dan masa dalam menjayakan sukan tahunan pada kali ini.

         Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang dan penaja sukan pada kali ini. Terima kasih kepada penyumbang terbesar CIMB cawangan Cyberjaya yang telah menyumbang jersi oren  untuk pakaian jawatankuasa. Tidak dilupakan juga kepada Stesyen minyak Petronas cawangan Cyberjaya   yang telah menyumbang hamper. Terima kasih kepada Unit Sukan Universiti Multimedia kerana membenarkan meminjam stadium tertutup.

          Sukan tahunan pada kali ini adalah berjaya kerana sumbangan dan hasil kerjasama yang padu daripada ibu bapa.
      




Friday, April 16, 2010

Raptai sukan

Menaiki bas MMU


Kepenatan menunggu giliran


Saya tak sabar dah ni...

Dua hari sebelum Hari Sukan Prasekolah, kami telah berpeluang menjalani raptai di Indoor Sport Centre, MMU. Perjalanan ke MMU hanya mengambil masa  tidak sampai 10 minit. Murid-murid sungguh teruja apabila berpeluang menaiki basMMU beramai-ramai, rupa-rupanya ada yg tak pernah menaiki bas. 

Kepada Facilities Management Department MMU dan Sport Unit MMU,  kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjayakan aktiviti raptai sukan pada kali ini.






Wednesday, April 14, 2010

Ceramah Penjagaan Gigi

kakak Nor ashikin sedang memberi penerangan ...sungguh mantap... semua melopong


Doktor cilik sedang memeriksa gigi


macam ni ye adik-adik cara menggosok gusi....... Najwa, kenapa menempek kat situ?



Bergambar kenangan...

Pada 14 April murid-murid prasekolah telah diberi penerangan tentang cara-cara penjagaan gigi yang betul. Seramai 3 orang jururawat dari Pusat Kesihatan Salak, Sepang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.



Saturday, April 10, 2010

Rawatan Gigi

ketika menunggu giliran..... sebenarnya semua kecut perut, boleh senyum sebab gambar punya pasal


kakak-kakak jurugigi yang bertugas dengan penuh tekun


pemandangan klinik gigi sementara


adik any yang dari mula lagi cuba mengelakkan diri ...akhirnya giginya kena cabut juga


nana yang ketakutan.....


" rajin-rajin gosok gigi dek ye", kata kakak


sabar aiman, kakak tu belum suruh bukak mulut pun!


Ada menangis, ada yang buat-buat macho, ada yang melarikan diri...begitulah ragam mereka apabila menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi.

Terima kasih diucapkan kepada Klinik Kesihatan Sepang. Cemburu betul cikgu, anak murid eje yg dapat check gigi, cikgu dak dapek pun! hu hu hu

Sambutan Ulang Tahun

orang sibuk potong kek... awak faiz sibuk posing!


jangan berebut... jatuh dalam kek nanti


Birthday boys and birthday girls


Pada 30 Mac, kami telah menyambut Hari Ulang Tahun 19 orang murid yang hari lahirnya jatuh pada bulan Januari hingga Mac. Rupanya40% daripada murid prasekolah tahun ini yag lahir pada bulan Januari-Mac. SElamat Ulang Tahun semua!