Wednesday, June 30, 2010

Sekolahku Hebat!

Dengan gaya yang tersendiri...


Kelakar ....disakat oleh abang Zoey


Doktor mana punya baju  awak ambik ni? tanya abang Zoey

          Pada 22 Jun sekolah kami telah dilawati team Astro Ceria untuk penggambaran slot Sekolahku Hebat. Prasekolah telah diminta mempersembahkan satu persembahan. 

           Gembira betul mereka kerana dapat bermesra dengan dua personaliti Astro Ceria iaitu abang Zoey dan abang Mat. Teruk jugak mereka kena sakat dengan abang Zoey. Persembahan ini telah mendapat tempat kedua terbaik.

          Di sini, kami di prasekolah ingin merakamkan ucapan tahniah kepada adik Siti Hana Balqis dari kelas 3Yakin yang telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis esei 'Sekolahku Hebat'. Adik Siti Hana adalah bekas murid prasekolah sesi 2007 dan pernah mendapat anugerah 'Akademik Terbaik' semasa di prasekolah. Semoga adik Siti Hana terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.