Saturday, November 27, 2010

Majlis Konvokesyen Sesi 2010

Ketibaan Encik Ahmad Rahimi; Pegawai Pendidikan Prasekolah Sepang diiringi Tuan Guru Besar; Encik Ab Razak


Menunggu majlis bermula...


Perasmi disambut dengan silat pembuka


Bacaan Quran oleh adik Safiyuddin dan terjemahan oleh adik Syakirin


Persembahan tarian inang.... hampir dua bulan latihan


Bunyi gitar....irama twist...

Choral speaking.... Goldilock and the three bears


Graduator yang diraikan


Tarian Satu Malaysia...yang kat bawah tu kenapa tak menari?


Sesi pengagihan makanan dan goody bag

         12 November telah merakamkan detik bersejarah bagi 50 orang murid prasekolah. Mereka telah diraikan di dalam Majlis Konvokesyen Prasekolah Sesi 2010. Majlis meriah ini telah dirasmikan Pegawai Pendidikan Prasekolah Daerah Sepang; Encik Ahmad Rahimi. 

        Majlis ini diserikan dengan persembahan murid-murid prasekolah sendiri.  Ada ibu bapa terkejut melihat anak sendiri menari di atas pentas, bakat terpendamlah katakan. Apa-apa pun cikgu ucapkan tahniah kepada murid semua. Cuti sekolah ni jangan nakal-nakal. 

Saturday, November 13, 2010

Program Bijak Prasekolah

Bergambar kenangan pasukan Bahasa Inggeris Daerah Sepang


Sedang diuji kepintaran..


Menunggu giliran.

Kusyuk...

Horey... dapat beg sekolah!

                    Seramai tiga orang murid prasekolah  dari SK Cyberjaya iaitu adik Siti Rushdatun Zahrah, adik Andrian dan adik Siti Aishah telah terpilih bagi mewakili daerah Sepang dalam Program Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Selangor. Program ini telah diadakan di Hotel Empress, Salak Tinggi.

         Walaupun tidak mendapat tempat dalam pertandingan tersebut, mereka tetap gembira. Kalah dan menang adalah adat perlumbaan, yang paling penting ialah ilmu yang dapat kita pelajari semasa program tersebut. Tidak mengapa, tahun depan kita cuba lagi. Mungkin nasib akan menyebelahi kita pula..Insya Allah.