Tuesday, December 4, 2012

Sesi Taklimat 2013

Antara barisan ibu bapa yang terpilih sebagai Jawatankuasa Permuafakatan 2013

             Pada 20 November telah berlangsung Majlis Taklimat Prasekolah Sesi 2013 di Dewan Terbuka. Hampir 85% ibu bapa telah hadir ke sesi taklimat tersebut. Terima kasih kepada Puan Hajah Fadzillah kerana telah menyumpurnakan majlis ini. Dikesempatan ini terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Permuafakatan Sesi 2012 yang telah memberi khidmat bakti sepanjang tahun.

Monday, December 3, 2012

Konvokesyen

Persiapan sebelum persembahan

Menunggu giliran naik pentas

Beratur untuk buat persembahan

Persembahn koir

instruktor berkaliber
  
Tanya sama pokok....

Warna warni

Suasana sebenar di belakang pentas.... hiruk pikuk dan lintang pukang.


            Konvokesyen; penutup kepada aktiviti tahun ini telah diadakan Dewan SM Cyberjaya. Walaupun menumpang Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah, namun ia tetap berjalan dengan meriah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid.
      
          Buat anak-anak murid cikgu yang dikasihi, selamat bercuti dan jangan lupa baca buku. Tahun depan nak naik darjah satu. Semoga masa cuti ini digunakan dengan penuh bermanafaat.

Kegagalan hari ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi ~ mutiara kata.



Tuesday, October 30, 2012

Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Selangor

 Pemandangan sekitar khemah peserta


 Wakil sekolah, juga wakil daerah

 Laju lagi Megat!
 5 orang pelajar dari sekolah kami yang terpilih

Guru pengiring yang juga terpaksa bermain bola jaring

       Seramai 5 orang murid dari Prasekolah SK Cyberjaya telah dipilih bagi melengkapkan pasukan daerah Sepang. Pertandingan buat julung kali pertama ini telah diadakan di Shah Alam. Walaupun tidak memenangi dalam acara Kid's Athletic, tapi hati kami gembira.

Friday, October 12, 2012

Sesi Bergambar

 

Menunggu giliran bergambar


 

Setelah 3 kali beralih tempat nak shoot gambar akhirnya tempat makan jugak yang dipilih.



Tiba-tiba elektrik tak de... hu hu hu

Hampir 3 jam sesi bergambar pada kali ini. Dugaan silih berganti dari bab pencahayaan matahari, ketiadaan elektrik, ketiadan bangku, kerenah anak murid.... mencabar cikgu-cikgu untuk bersabar. Apa-apapun semuanya berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir yang hadir walaupun mereka cemburu dengan kecantikan baju seragam team prasekolah. he he he.  














Sunday, September 30, 2012

Sukan Tahunan Sekolah 2012


Penuh warna warni
Kiri kanan kiri kanan kiri
Acara Turtle walk
 
Terima kasih kepada ibu-ibu dan bapak-bapak yang duduk kat tepi, tidak masuk ke dalam gelanggang.   
Pada hari terakhir bulan Disember, sukan tahunan telah dijalankan di padang sekolah. Tahun ni tiada rumah-rumah yang bertanding, semuanya sama sahaja. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan. 2 daripadanya telah dijalankan sebelum hari sukan. Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah terlibat dalam acara ini.




















Friday, September 14, 2012

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 1433H

Jom makan

Beratur nak ambil makanan....memang dah tak sabar

Kak Amani cepat la...

Acara paling best...makan

Dalam banyak-banyak acara tahunan, acara  yang paling bahagia ialah Jamuan Hari Raya. Murid dan cikgu dapat makan banyak-banyak dan semua melaram dengan baju raya masing-masing. Bila murid bergaya dengan baju raya...cikgu pun tak kenal, semua comel-comel. Bila semua dah kenyang.....ha susah nak dengar arahan. Kepada ibubapa dan cikgu-cikgu yang menyumbangkan makanan, terima kasih kami ucapkan. Tahun depan bolehlah sumbangkan lagi ye.... he he

















Thursday, September 6, 2012

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Sepang 2012



Berdebar masa mula-mula sampai


Encik Ahmad Rahimi; Pegawai Pendidikan Prasekolah Daerah Sepang melepaskan peserta  di garisan permulaan.


Suasana acara sprint

Acara Backward Throwing.


Ini acara makan.

Acara terakhir; sprint hurdle


Ha... ini paling best ; acara terima hadiah. Pasukan kami berjaya mendapat tempat pertama.

Bergambar sebagai pemenang sebelum pulang


Sekolah, Kebanggaanku. Bergambar dengan grafiti sebelum diserahkan kepada PPD

            Semalam telah berlangsung Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Sepang Zon Cyberjaya-Putra Perdana. Pertandingan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Putra Perdana 2, lebih kurang 13 minit dari sekolah....hmmm jiran terdekat kami. Seramai 3 pasukan dengan dianggotai  30 orang murid telah menyertai kejohanan ini. Sebanyak 17 pasukan berentap daripada sekolah zon Cyberjaya-Putra Perdana.

             Latihan selama berminggu-minggu telah membuahkan hasil apabila kami berjaya menempatkan diri ke tempat teratas diantara pasukan sekolah lain. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya. Hmmm kemenangan ini perlu kita ulang pada tahun hadapan... Insya Allah.

           
 


Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS KHATAM QURAN DAN PENUTUPAN BULAN RAMADHAN



Tadarus Al-Quraan

Sesi bersalaman dengan guru-guru


Yeah... dapat  kuih raya

Sebak

              Lebih kurang 2 jam yang lalu tamatlah sudah Majlis  Khatam Quran dan Penutupan Bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar. Namun, Ramadhan masih berbaki 4 hari lagi, masih belum raya Semua murid di sponsor kuih raya. Teruskan berpuasa dan bertadarus di rumah. Naik cuti sekolah nanti tiada lagi tadarus pagi-pagi di kelas, namun boleh teruskan tadarus di rumah.

                Di kesempatan ini cikgu-cikgu prasekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada murid-murid, bekas murid-murid dan juga kepada ibu bapa. Walaupun berseronok namun, keselamatan harus diutamakan dan dalam kita berseronok ingatlah masih ada insan yang bersedih kerana mereka tidak punya sesiapa di dunia ini.  

Tuesday, July 10, 2012

Pertandingan Mewarna Floria

   Ni ha medal yang dimenangi .....cantik dan berat....

 Menunggu lembaran warna

 Hai! terbaring-baring mewarna, cikgu pun bersila!


Antara yang sempat di snap

Seronok dapat bergumpal atas karpet dewan

Bergambar sebelum balik
          
 Jun yang lalu, prasekolah telah menghantar beberapa orang murid ke Pertandingan Mewarna sempena Pesta Floria di Putra Jaya. Sukacita dimaklumkan bahawa 2 orang murid telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

Saturday, June 30, 2012

Program Susu Sekolah

Sebelum ceramah bermula


Role play


Berjaya menjawab soalan


Bergambar kenangan

                 Sungguh asyik murid-murid melihat persembahan 2 orang abang dan sekotak susu. Ianya persembahan yang seronok, santai dan bermaklumat. Susu yang besar tu, kalau dibawak balik ke rumah boleh buat stok setahun!