Sunday, January 8, 2012

Hari Pertama Sesi 2012

Seawal pagi lagi ibu bapa telah memenuhi ruang perkarangan prasekolah


Rasanya ibu bapa yang teruja ni!


Pemandangan biasa setiap hari pertama persekolah.....ibu bapa duduk tepi


Ha... ada yang dah mula nangis nak balik tu.


Barisan guru-guru

Adik Mariam...kenapa tu?

               Pada 4 Januari sebanyak 75 orang murid telah hadir sebagai murid prasekolah. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, suasana agak terkawal memandangkan murid 5 tahun tidak sampai 10 orang. Alhamdulillah. 
                   Tempat yang ditawarkan pada tahun ini hanyalah 75 orang. Kelas baru pun telah  dibuka. Bising dan haru biru memang perkara biasa pada hari pertama. Apa taknya, masing-masing sibuk nak bercerita tentang cuti, balik kampung, tayang kasut baru, seluar baru, nangis rindu mak...aduhai  macam-macam ragam. Semoga ibu bapa dapat menangani sindrom anak malas bangun pagi....dan jangan ponteng  ye!

Sunday, January 1, 2012

Taklimat Kemasukan Prasekolah Sesi 2012

Menonton video aktiviti prasekolah 2011


Kaum bapa lebih ramai datang


Khusyuk..

Guru Besar dan Pentadbir Kurikulum antara yang hadir


Khusyuk..

Cikgu Salmah; Penyelaras Prasekolah tahun ini
 
Encik Iskandar Kamel, antara Ahli Jawatankuasa yang dipilih

                Alhamdulillah, Sesi Taklimat kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2012 telah selamat dijalankan dengan jaya. Dalam  majlis ini seramai 8 orang ibu bapa telah dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Prasekolah bagi sesi 2012. Tahniah diucapkan. Hampir semua keluarga datang menghadiri majlis ini. Hmm tak sabar-sabar nak buka sekolah berjumpa anak-anak murid.