Friday, April 30, 2010

Sukan Tahunan Prasekolah SK Cyberjaya



Bersiap ketika masuk perbarisan.



                                              Antara acara yang dipertandingkan



Acara keluarga... Balqis kenapa mulut melopong tu?



Acara membalut anak menjadi mumia...


        Serba oren.....antara ibu bapa yang menjadi jawatankuasa.

        Pada 17 April yang lalu Sukan Tahunan Prasekolah telah diadakan di Indoor Sport Center, Universiti Multimedia, Cyberjaya.

        Rumah merah yang diketuai oleh adik Amin Rais telah berjaya menjadi johan anatara rumah sukan tahun ini.  Sebanyak 8 acara murid dan 3 acara keluarga yang telah dijalankan . Sukan yang sepenuhnya dikelolai Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah Sesi 2010 diketuai oleh encik Iskandar Kamel. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah sudi menyumbangkan tenaga, wang dan masa dalam menjayakan sukan tahunan pada kali ini.

         Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang dan penaja sukan pada kali ini. Terima kasih kepada penyumbang terbesar CIMB cawangan Cyberjaya yang telah menyumbang jersi oren  untuk pakaian jawatankuasa. Tidak dilupakan juga kepada Stesyen minyak Petronas cawangan Cyberjaya   yang telah menyumbang hamper. Terima kasih kepada Unit Sukan Universiti Multimedia kerana membenarkan meminjam stadium tertutup.

          Sukan tahunan pada kali ini adalah berjaya kerana sumbangan dan hasil kerjasama yang padu daripada ibu bapa.
      




No comments:

Post a Comment