Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011

Ibu bapa sibuk menghantar anak masing-masing  sampai ke dalam kelas


Semuanya saling pandang memandang dan jeling menjeling, nak tegur tak kenal...

Ha... ini pemandangan yang biasa pada hari pertama..... anual scenery, anual event

semua angkat tangan, luruskan barisan

Mengantuknya....zzzzzzz


Huwaaa!!! nak balik

           3 Januari yang lalu kami telah menerima seramai 75 orang murid baru bagi sesi 2011. Pelbagai ragam...itulah yang dapat kami katakan tentang murid-murid baru ini tak tertangan kami rasanya sampaikan kelam kabut kami dibuatnya, segala yang dirancangkan tidak berjalan dengan begitu lancar. Tidak seperti tahun-tahun lepas, kali ini kami menerima 25 orang murid lima tahun...satu jumlah yang agak besar.    

              Pada tahun ini sebanyak 75 tempat ditawarkan, iaitu tiga buah  kelas. Dua kelas untuk murid enam  tahun iaitu kelas Cemerlang dan Yakin dan satu kelas untuk murid lima tahun; Bestari. Memandangkan kelas  Bestari masih lagi dalam pembinaan, maka kelas ini ditumpangkan di kelas muzik sekolah.

               Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah memberi kerjasama pada hari pertama persekolahan. Agar kerjasama ini dapat diteruskan pada aktiviti yang akan datang. Insya Allah...                 

                       

No comments:

Post a Comment