Monday, September 21, 2009

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah



Warga Venus II; Adik Adam yang duduk kat depan tu sedang posing maut!



Warga Venus I; Satu Malaysia



Barisan pemenang Pertandingan Menulis Rukun Negara Tercantik




Antara pemenang Pertandingan Mewarna




Kibaran Jalur Gemilang!



Semasa Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada 17 haribulan September telah berlangsung Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Berbagai acara yang telah dipertandingkan. Adik Nur Dina Maisarah dari kelas Venus I telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pakaian Patriotik. Tahniah!!

Kelas Venus I juga telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kelas Paling Patriotik manakala kelas Venus II pula telah mendapat tempat keempat.

Pertandingan lain yang telah dijalankan ialah Pertandingan Menulis Rukun Negara Tercantik dan Pertandingan Mewarna.

Kami guru prasekolah juga telah menjalankan tema ' Hari Kemerdekaan' dalam P&P selama 2 minggu berturut-turut agar murid-murid dapat menghayati erti kemerdekaan.

'Satu Malaysia'

Friday, August 21, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Gaya adik Nur Dina Maisarah mendeklamasikan sajak
'Erti Merdeka'


GKibaran Jalur Gemilang oleh murid prasekolah


Merdeka tetaplah merdeka....


Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilancarkan pada 17 Ogos waktu perhimpunan. Semua murid prasekolah begitu bersemangat sekali melaungkan ' merdeka', sampaikan dalam kelas pun masih sambung lagi melaungkan merdeka.
Dalam majlis pelancaran tersebut, adik Nur Dina Maisarah dari Venus I telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk ' Erti Merdeka'. Walaupun keadaannya tidak begitu sihat, tetapi beliau berjaya mendeklamasikan sajak tersebut dengan begitu bersemangat sekali.
Syabas diucapkan.


"Beratur elok-elok, jangan potong barisan, lepas ni cikgu pun nak cop jugak," kata cikgu Syikin



Mengecop tangan dengan gaya menentang H1N1



Adik Rajen turut mengecop tangan.....Satu Malaysia



Adik Irsyad mengecop tangannya... pandang kat kain tu nanti tercop baju pula...




Selain itu murid-murid prasekolah juga telah 'mengecop tangan' di atas kain rentang sepanjang 52 meter sebagai simbolik 52 tahun kemerdekaan. Kain rentang tersebut turut merakamkan ' tangan-tangan' seluruh warga SK Cyberjaya termasuk guru-guru dan kaki tangan.

Monday, August 17, 2009

Jom Cuci Tangan & Sambutan Hari Ulang Tahun



Berebut-rebut nak jawab soalan ke atau sebenarnya nak
hadiah? Boleh la apa-apa pun


Adik Izzati Nasuha berjaya menjawab soalan dengan betul...nah ambik hadiah ni.


"Macam ni cara basuh tangan yang betul dik, lepas ni tak usah risau sebab adik guna Lifebuoy",


Pada 14 Ogos satu ceramah tentang menangani H1N1 telah diadakan di Dewan Kompleks Sekolah Cyberjaya pada 14 Ogos 2009 jam 9:30 pagi. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd bersama Lifebuoy. Murid-murid telah diajar cara-cara untuk mencuci tangan dengan betul. Demonstrasi cara membasuh tangan juga diadakan.


"Topeng pernafasan, bukan penghalang untuk saya tekun melakukannya"



"Salah tu, tiru macam saya!"


Pada hari yang sama juga, sambutan Hari Ulang Tahun juga telah diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Selain daripada aktiviti menjamu selera, aktiviti membuat bekas pensel juga telah dijalankan. Nampaknya begitu seronok mereka membuat kotak pensel sendiri. Jaga baik-baik ye bekas pensel tu!!!!