Thursday, May 13, 2010

Lawatan Sambil Belajar

            Bestnya.... dapat bawak balik satu pek vitagen dan alatulis.


                    Posing sementara menunggu pintu allakazam dibuka.


                              Roti besar ni, kami tak dibenarkan bawa balik


                                      Bergambar di luar kilang roti Hi 5



Makan tengahari di A& W Petaling Jaya



                                        Semua ceria dalam keletihan

Seronok, itulah yang dapat dikatakan dengan lawatan kali ini. Lawatan kali ini yang bertemakan makanan telah membawa kami melawat ke kilang  minuman Vitagen dan roti Hi5.

Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana roti dihasilkan. Sebelum pulang kami menikati makan tengahari di A&W.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menjadi pengiring.

Friday, April 30, 2010

Sukan Tahunan Prasekolah SK Cyberjaya



Bersiap ketika masuk perbarisan.



                                              Antara acara yang dipertandingkan



Acara keluarga... Balqis kenapa mulut melopong tu?



Acara membalut anak menjadi mumia...


        Serba oren.....antara ibu bapa yang menjadi jawatankuasa.

        Pada 17 April yang lalu Sukan Tahunan Prasekolah telah diadakan di Indoor Sport Center, Universiti Multimedia, Cyberjaya.

        Rumah merah yang diketuai oleh adik Amin Rais telah berjaya menjadi johan anatara rumah sukan tahun ini.  Sebanyak 8 acara murid dan 3 acara keluarga yang telah dijalankan . Sukan yang sepenuhnya dikelolai Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah Sesi 2010 diketuai oleh encik Iskandar Kamel. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah sudi menyumbangkan tenaga, wang dan masa dalam menjayakan sukan tahunan pada kali ini.

         Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang dan penaja sukan pada kali ini. Terima kasih kepada penyumbang terbesar CIMB cawangan Cyberjaya yang telah menyumbang jersi oren  untuk pakaian jawatankuasa. Tidak dilupakan juga kepada Stesyen minyak Petronas cawangan Cyberjaya   yang telah menyumbang hamper. Terima kasih kepada Unit Sukan Universiti Multimedia kerana membenarkan meminjam stadium tertutup.

          Sukan tahunan pada kali ini adalah berjaya kerana sumbangan dan hasil kerjasama yang padu daripada ibu bapa.
      




Friday, April 16, 2010

Raptai sukan

Menaiki bas MMU


Kepenatan menunggu giliran


Saya tak sabar dah ni...

Dua hari sebelum Hari Sukan Prasekolah, kami telah berpeluang menjalani raptai di Indoor Sport Centre, MMU. Perjalanan ke MMU hanya mengambil masa  tidak sampai 10 minit. Murid-murid sungguh teruja apabila berpeluang menaiki basMMU beramai-ramai, rupa-rupanya ada yg tak pernah menaiki bas. 

Kepada Facilities Management Department MMU dan Sport Unit MMU,  kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjayakan aktiviti raptai sukan pada kali ini.