Tuesday, May 26, 2009
Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor
Terlebih dahulu syabas diucapkan kepada adik Muhammad Faiq Syahmi, Muhammad Sofwan 'Adli dan Dalynda dari Prasekolah SK Cyberjaya kerana telah terpilih mewakili daerah Sepang ke Temasya Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor.
Temasya Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Stadium Perbandaran Sepang, Salak Tinggi pada 22 & 23 Mei 2009.
Buat Adik Muhammad Faiq Syahmi, sekali lagi tahniaah kerana berjaya merangkul anugerah Olahragawan Prasekolah Negeri Selangor 2009. Adik Syahmi telah memenangi 2 pingat emas dalam acara individu. Tahniah!
Tahniah juga kontinjen dari daerah Sepang kerana mendapat tempat pertama dalam perbarisan. Encik Ab Razak, Guru Besar SK Cyberjaya telah mengetuai kontinjen Sepang. Dah dua tahun menang, tahun depan kena menang lagi!!
Monday, May 18, 2009
Sukan Prasekolah Peringkat Daerah Sepang
Pada 25 April lalu telah berlangsung Temasya Sukan Prasekolah Daerah Sepang bertempat di Stadium Perbandaran Sepang, Salak Tinggi.
Prasekolah SK Cyberjaya telah berjaya mendapat tempat keempat peringkat daerah.
SK Cyberjaya juga telah menjadi tuan rumah bagi temasya tersebut.
Kontinjen dari Prasekolah SK Cyberjaya yang serba merah telah menjadi johan dalam perbarisan. Syabas diucapkan!
Sunday, May 17, 2009
Selamat Datang

Pemandangan bangunan prasekolah dari jalan besar......
Selamat Hari Guru....
Hari ini merupakan 16 mei 2009 iaitu Hari Guru. Hari yang sama blog ini dibina semasa LADAP yang berlangsung di pusat sumber sekolah...dan inilah cara kami menyambut hari guru...
Buat cikgu yang pernah mengajar kami, pengorbananmu sentiasa dikenang...kini dan selamanya....
Buat anak murid kami, kejayaan kalian adalah hadiah yang terbaik buat kami. Belajarlah rajin-rajin, jangan malas-malas.
Hari ini merupakan 16 mei 2009 iaitu Hari Guru. Hari yang sama blog ini dibina semasa LADAP yang berlangsung di pusat sumber sekolah...dan inilah cara kami menyambut hari guru...
Buat cikgu yang pernah mengajar kami, pengorbananmu sentiasa dikenang...kini dan selamanya....
Buat anak murid kami, kejayaan kalian adalah hadiah yang terbaik buat kami. Belajarlah rajin-rajin, jangan malas-malas.
SAJAK YANG DIDEDIKASIKAN BUAT GURU....
CIKGU ITU MESRANYA PADA WAJAH
CIKGU ITU TEGASNYA MENCORAK LAKU,
CIKGU ITU PAKARNYA MENGUASAI ILMU,
CIKGU ITU IKHLASNYA HATI BUDI,
CIKGU ITU JASANYA DIHITUNG.... HARI INI..ESOK...DAN SELAMANYA.
SELAMAT HARI GURU
semalam, 8/10 daripada muridmu berkata
'cikgu jahat, garang dan saya benci cikgu'
10 tahun lagi 5 daripada mereka berkata
' patut la cikgu garang, sebab aku tak patut buat jahat'
20 tahun lagi semua akan berkata
'terima kasih cikgu kerana menjadikan kami insan-insan yang berjaya seperti kita hari ini'
Subscribe to:
Posts (Atom)