Sunday, May 17, 2009

Selamat Datang












Pemandangan bangunan prasekolah dari jalan besar......


Selamat Hari Guru....
Hari ini merupakan 16 mei 2009 iaitu Hari Guru. Hari yang sama blog ini dibina semasa LADAP yang berlangsung di pusat sumber sekolah...dan inilah cara kami menyambut hari guru.
..
Buat cikgu yang pernah mengajar kami, pengorbananmu sentiasa dikenang...kini dan selamanya....
Buat anak murid kami, kejayaan kalian adalah hadiah yang terbaik buat kami. Belajarlah rajin-rajin, jangan malas-malas.

SAJAK YANG DIDEDIKASIKAN BUAT GURU....


CIKGU ITU MESRANYA PADA WAJAH

CIKGU ITU TEGASNYA MENCORAK LAKU,

CIKGU ITU PAKARNYA MENGUASAI ILMU,

CIKGU ITU IKHLASNYA HATI BUDI,

CIKGU ITU JASANYA DIHITUNG.... HARI INI..ESOK...DAN SELAMANYA.

SELAMAT HARI GURU


Lagi...

semalam, 8/10 daripada muridmu berkata
'cikgu jahat, garang dan saya benci cikgu'
10 tahun lagi 5 daripada mereka berkata
' patut la cikgu garang, sebab aku tak patut buat jahat'
20 tahun lagi semua akan berkata
'terima kasih cikgu kerana menjadikan kami insan-insan yang berjaya seperti kita hari ini'

No comments:

Post a Comment