Tuesday, May 26, 2009

Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor

Gaya Olahragawan Prasekolah Negeri Selangor 2009 dari Prasekolah SK Cyberjaya


Juara Perbarisan diketuai oleh Guru Besar SK Cyberjaya; Encik Ab Razak



Terlebih dahulu syabas diucapkan kepada adik Muhammad Faiq Syahmi, Muhammad Sofwan 'Adli dan Dalynda dari Prasekolah SK Cyberjaya kerana telah terpilih mewakili daerah Sepang ke Temasya Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor.

Temasya Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Stadium Perbandaran Sepang, Salak Tinggi pada 22 & 23 Mei 2009.

Buat Adik Muhammad Faiq Syahmi, sekali lagi tahniaah kerana berjaya merangkul anugerah Olahragawan Prasekolah Negeri Selangor 2009. Adik Syahmi telah memenangi 2 pingat emas dalam acara individu. Tahniah!

Tahniah juga kontinjen dari daerah Sepang kerana mendapat tempat pertama dalam perbarisan. Encik Ab Razak, Guru Besar SK Cyberjaya telah mengetuai kontinjen Sepang. Dah dua tahun menang, tahun depan kena menang lagi!!

No comments:

Post a Comment