Monday, June 1, 2009

CERAMAH PENJAGAAN GIGI

Murid-murid terlopong mendengar ceramah


Amboi, bukan main lagi gaya doktor cilik; Dr Tasya memeriksa gigi yang tak sakit....


Buka mulut cepat! Saya mau periksa!


Jururawat dari Pusat kesihatan Salak, Sepang yang menjayakan ceramah


Pada 30 Mei 2009, kami telah dilawati oleh Pusat Kesihatan Salak, Sepang. Semua murid diberi penerangan tentang penjagaan gigi serta demonstrasi cara menggosok gigi dengan cara yang betul. Memang menarik sesi ceramah tersebut. Murid-murid pun sporting menawarkan diri untuk berlakon jadi doktor gigi dan pesakit gigi. Terima kasih diucapkan kepada kakak jururawat iaitu kak Siti Rahayu dan Nur Asyikin kerana sudi melayan kerenah anak-anak prasekolah. Tahun depan datang lagi, jangan rasa serik pula ye!

No comments:

Post a Comment