Saturday, November 21, 2009

Hari Graduasi Sesi 09


Sempat bergaya menunggu giliran



Penuh penghayatan; adik Wan Jun Aina




Nape sedih aje ni?



Macam ni la...ceria aje



Faaris, bab bergambar awak memang juara




Bergambar kenangan, hua...sedihnya


Dengan suasana serba ungu kami telah menyambut Hari Graduasi dengan penuh meriah.
Dalam majlis tersebut, adik Wan Jun Aina telah mempersembahkan story telling yang bertajuk ' Unity Is Strength'
Persembahan adik Wan Jun Aina yang bersahaja telah berjaya memukau audien.
Beberapa anugerah telah disampaikan oleh Guru Besar, Encik Ab Razak.

Berikut adalah sanarai dan penerima anugerah:

Anugerah Kurikulum Terbaik ( 5 Tahun ) ; Adik Rushdatun Zahrah Binti Hizkal
Anugerah Kurikulum Terbaik ( 6 Tahun ) ; Adik Anas Rizqi Binti Hizkal
Anugerah Ko Kurikulum ( 6 Tahun ) ; Adik Faiq Syahmi Bin Mayuddin
Anugerah Sahsiah Terpuji ( 5 Tahun ) ; Adik Sofea Liyana
Anugerah Sahsiah Terpuji ( 6 Tahun ) ; Adik Nur Alidyia Binti Azhan

Kepada murid 6 tahun yang akan naik ke Aliran Perdana, jangan banyak main masa cuti ni.
Kena ulangkaji juga. Lagi satu jaga keselamatan jangan buat perkara yang berbahaya. Pastikan ibu bapa sentiasa tahu dimana anda berada.

Selamat bercuti!

Sunday, October 25, 2009

Bergambar Kenangan


Alamak! Zaid kenape tu?


Pada 23 Oktober kami semua telah merakamkan gambar kami untuk tatapan kami sendiri. He he he.
Sebenarnya ini adalah acara tahunan; mengambil gambar kenangan sekelas.
Atas permintaan cikgu, kita bergambar kat luar kelas.... ubah angin.

Friday, October 23, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya

Gaya pendekar; baik-baik cium keris tu, nanti luka lak mulut


Ini pula gaya 'macho' dari adik Muhaimin


Antara mereka murid yang menyertai Pertandingan Busana Muslim


Pada 14 Oktober Panitia Pendidikan Islam sekolah telah menganjurkan Pertandingan Busana Muslim sempena sambutan Hari Raya. Seramai 22 orang murid prasekolah telah menyertai pertandingan tersebut.

Rupa-rupanya mereka ni ada bakat jadi supermodel, boleh pulak rupanya mereka ni berjalan cat walk. Tahniah kepada pemenang!

Selain itu jamuan Hari Raya juga telah diadakan pada17 Oktober. Masing-masing bergaya sakan dengan baju raya masing-masing. Tapi lepas makan, songkok hilang, sampin terbarai...hish....hish... habis takde gaya.


Tuesday, October 20, 2009

Program Bacathon


Serius! macam stress jer Alidyia, nape? Cikgu takkan suruh awak baca sampai habis!




2 orang murid prasekolah yang paling rajiiiin membaca!




Bergambar kenangan wakil murid yang menerima akhbar.


Pada 16 Oktober telah diadakan perasmian program Bacathon bertempat di Kompleks Dewan Sekolah Cyberjaya.
Program ini bertujuan untuk menyemai minat membaca dikalangan murid-murid sekolah.
Program julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru serta Cyberview Sdn Bhd.

Pada majlis tersebut juga pihak Cyberview telah menyumbangkan Surat Khabar Berita Harian kepada semua murid SKCJ.

Adik Alidyia dan adik Anas Rizqie telah dipilih sebagai wakil murid prasekolah untuk menerima akhbar tersebut.
Sampai aje di kelas memang yang ramai cuba baca walaupun tak berapa faham isinya.Tak pe, yang penting boleh baca.

Saturday, October 10, 2009

Syoknya lawatan!!!


Murid perempuan bergambar kenangan di kilang coklat



Murid lelaki bergambar kenangan di kilang coklat



Bergambar di luar kilang coklat Berryl's



Murid-murid sedang sibuk berlumba menyusun tisu ke dalam plastik... Nureen sibuk posing



Roti halia yang dibuat oleh murid.....pelbagai rupa...bahan membuatnya sama tapi rasanya macam-macam pulak..



Adik Dalynda sedang meletakkan topping pizza



Cik Halimah sedang menunjukkan cara-cara membuat pizza



Sempat posing di outlet pizza



Antara ibu bapa yang merelakan diri menjadi pengiring...



Bergambar kenangan di depan Outlet Pizza Domino

Pada 1 Oktober lalu prasekolah SKCJ telah mengadakan lawatan ke Outlet Pizza Domino, Cyberjaya dan kilang coklat Berryl's di Sri Kembangan.
Memang seronok sekali lawatan kali ini sebab dapat melihat sendiri bagaimana pizza dan coklat dihasilkan. Paling best dapat buat sendiri roti halia dan pizza.

Lawatan yang bertemakan 'makanan' ini telah membuatkan semua murid teruja ( sebenarnya cikgu pun sama).

Kepada ibu bapa yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjadi pengiring, kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa tuan puan.

Emmm.. tahun depan nak gi mana pulak ye?

Monday, September 21, 2009

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah



Warga Venus II; Adik Adam yang duduk kat depan tu sedang posing maut!



Warga Venus I; Satu Malaysia



Barisan pemenang Pertandingan Menulis Rukun Negara Tercantik




Antara pemenang Pertandingan Mewarna




Kibaran Jalur Gemilang!



Semasa Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada 17 haribulan September telah berlangsung Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Berbagai acara yang telah dipertandingkan. Adik Nur Dina Maisarah dari kelas Venus I telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pakaian Patriotik. Tahniah!!

Kelas Venus I juga telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kelas Paling Patriotik manakala kelas Venus II pula telah mendapat tempat keempat.

Pertandingan lain yang telah dijalankan ialah Pertandingan Menulis Rukun Negara Tercantik dan Pertandingan Mewarna.

Kami guru prasekolah juga telah menjalankan tema ' Hari Kemerdekaan' dalam P&P selama 2 minggu berturut-turut agar murid-murid dapat menghayati erti kemerdekaan.

'Satu Malaysia'

Friday, August 21, 2009

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Gaya adik Nur Dina Maisarah mendeklamasikan sajak
'Erti Merdeka'


GKibaran Jalur Gemilang oleh murid prasekolah


Merdeka tetaplah merdeka....


Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilancarkan pada 17 Ogos waktu perhimpunan. Semua murid prasekolah begitu bersemangat sekali melaungkan ' merdeka', sampaikan dalam kelas pun masih sambung lagi melaungkan merdeka.
Dalam majlis pelancaran tersebut, adik Nur Dina Maisarah dari Venus I telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk ' Erti Merdeka'. Walaupun keadaannya tidak begitu sihat, tetapi beliau berjaya mendeklamasikan sajak tersebut dengan begitu bersemangat sekali.
Syabas diucapkan.


"Beratur elok-elok, jangan potong barisan, lepas ni cikgu pun nak cop jugak," kata cikgu Syikin



Mengecop tangan dengan gaya menentang H1N1



Adik Rajen turut mengecop tangan.....Satu Malaysia



Adik Irsyad mengecop tangannya... pandang kat kain tu nanti tercop baju pula...




Selain itu murid-murid prasekolah juga telah 'mengecop tangan' di atas kain rentang sepanjang 52 meter sebagai simbolik 52 tahun kemerdekaan. Kain rentang tersebut turut merakamkan ' tangan-tangan' seluruh warga SK Cyberjaya termasuk guru-guru dan kaki tangan.

Monday, August 17, 2009

Jom Cuci Tangan & Sambutan Hari Ulang Tahun



Berebut-rebut nak jawab soalan ke atau sebenarnya nak
hadiah? Boleh la apa-apa pun


Adik Izzati Nasuha berjaya menjawab soalan dengan betul...nah ambik hadiah ni.


"Macam ni cara basuh tangan yang betul dik, lepas ni tak usah risau sebab adik guna Lifebuoy",


Pada 14 Ogos satu ceramah tentang menangani H1N1 telah diadakan di Dewan Kompleks Sekolah Cyberjaya pada 14 Ogos 2009 jam 9:30 pagi. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Cyberview Sdn Bhd bersama Lifebuoy. Murid-murid telah diajar cara-cara untuk mencuci tangan dengan betul. Demonstrasi cara membasuh tangan juga diadakan.


"Topeng pernafasan, bukan penghalang untuk saya tekun melakukannya"



"Salah tu, tiru macam saya!"


Pada hari yang sama juga, sambutan Hari Ulang Tahun juga telah diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Selain daripada aktiviti menjamu selera, aktiviti membuat bekas pensel juga telah dijalankan. Nampaknya begitu seronok mereka membuat kotak pensel sendiri. Jaga baik-baik ye bekas pensel tu!!!!

Sunday, August 16, 2009

Pemeriksaan Kesihatan

Seriusnya... Senyumlah sikit.
Dari kiri : Pn Asmah Arbi, Pn. Norsyawaliah, Pn Hidayati, Pn. Rohana dan Pn Shameela


Bye bye ...tahun depan jumpa lagi


Pada 13 Ogos yang lalu satu pasukan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid-murid prasekolah Venus I dan Venus II.
Pemeriksaan ini meliputi pemeriksaan mata, parut BCG dan pemberian ubat cacing.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan kesihatan tersebut. Kepada ibu bapa yang telah mendapat surat agar anaknya mengulangi suntikan BCG atau membuat cermin mata, anda dinasihati mematuhinya.

Tuesday, August 11, 2009

Pertandingan Tunas Kreatif

Kusyuk mewarna...


orang sibuk menggentel doh... dia sibuk berposing.... hish hish Faaris ni



Adik Faaris, Atikah dan Hani Khadijah mewakili sekolah dalam acara membentuk doh



Pada 4 Ogos satu pertandingan yang dinamakan Tunas Kreatif peringkat daerah Sepang telah berlangsung di SK KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu mewarna dan membentuk doh.
Adik Nur Dina Maisarah, Wan Jun Aina dan Muhammad Faiq Syahmi telah mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna. Manakala adik Nur Atikah, Muhammad Faaris dan Hani Khadijah telah menyertai pertandingan membentuk doh. Walaupun tidak mendapat tempat, namun apa yang penting ialah kerjasama yang telah ditonjolkan dikalangan mereka sebagai satu pasukan. Mmm.. tapi tahun depan kena cuba untuk menang.

Tuesday, July 21, 2009

Pertandingan Bercerita

Pada 7 Julai satu pertandingan bercerita Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris peringkat dalaman telah diadakan. Seramai 14 orang murid prasekolah telah mencuba nasib.
Pemenang pertama bagi kategori Bahasa Malaysia ialah adik Nur Atikah Asyikin. Tempat kedua dan ketiga pula ialah adik Muhammad Faiq Syahmi dan adik Nur Dina Maisarah.
Pemenang pertama dan kedua bagi ketegori bercerita Bahasa Inggeris pula ialah adik Wan Jun Aina dan adik Nur Alidyia.
Murid- murid yang berjaya ini secara automatik akan menjadi wakil sekolah di dalam Pertandingan Hari Potensi peringkat daerah Sepang. Jadi bolehlah mula berlatih ye!

Wednesday, July 1, 2009

Sukaneka Tahunan Prasekolah SK Cyberjaya

Banner utama di atas pentas



                                          Antara acara yang dipertandingkan....skipping


Acara lari dalam guni



Acara anak dengan bapa..




                                                           Acara anak mengecam bapa

Pada 20 Jun 2009 telah berlangsung Sukaneka Tahunan Prasekolah SK Cyberjaya. Sukan Tahunan kali pertama ini telah berlangsung di Gelanggang Badminton Universiti Mutimedia, Cyberjaya.

Pelbagai aksi yang mencuit hati dan kerenah murid-murid telah dapat disaksikan. Ramai rupanya ibu bapa yang sporting turut mengambil acara sukaneka yang dipertandingkan. Kepada yang tidak dapat hadiah, jangan bersedih.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Atikah dari LARIS SDN BHD kerana telah menaja sticker kereta, backdrop dan banner. Terima kasih juga kepada Encik Faizal selaku Pegawai Sukan MMU kerana sudi meminjamkan gelanggang badminton sebagai tempat berlangsung acara sukaneka. Juga tak lupa terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana telah menaja kanopi. Puan Kurinchi Malar pula telah menaja hadiah sampingan. Kepada AJK ibu bapa yang sudi meluangkan masa dan tenaga kami ucapkan berbanyak-bannyak terima kasih. Akhir sekali ibu bapa yang lain juga diucapkan terima kasih di atas sumbangan anda. Budi baik anda hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Gambar-gambar Hari Sukan boleh didapati di laman web SKCJ