Saturday, June 30, 2012

Program Susu Sekolah

Sebelum ceramah bermula


Role play


Berjaya menjawab soalan


Bergambar kenangan

                 Sungguh asyik murid-murid melihat persembahan 2 orang abang dan sekotak susu. Ianya persembahan yang seronok, santai dan bermaklumat. Susu yang besar tu, kalau dibawak balik ke rumah boleh buat stok setahun!

Thursday, June 28, 2012

Sambutan Hari Jadi Kali Ke 2




Birthday kid yang diraikan


Sebenarnya berebut-rebut nak potong ultraman tu


"Kami dapat hadiah"


Menu pada hari tersebut.....aik mana sayur ni?



              Selamat Ulang Tahun! Meriah betul majlis kali ini.  Tema jamuan pada kalil ini ialah " Bakar". Maka sibuklah kak Amani, Kak Shikin dan Kak Lang membakar ayam, udang, sosej dan sotong. Murid-murid tak boleh fokus pelajaran langsung sebab bau makanan yang dibakar menusuk-nusuk hidung. Mencabar betul mengajar murid-murid yang dah angau dengan bau makanan. Bila dah siap, rambang mata tak tahu nak makan yang mana.

               Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menyumbang makanan pada hari tersebut. Tak sabar nak tunggu jamuan ulang tahun kali ke-3 merangkap jamuan raya.Tungguuuuu.

Wednesday, June 20, 2012

Lawatan Lagi!!!

Sebaik sahaja sampai di Muzium TUDM


Kami tak mahu turun...


Seronok..


Kita dah sampai!


 Nak bawak balik boleh ke cikgu? Soalan yang malas nak jawab


Bila nak terbang ni?


Makan di A&W


Memang betul-betul lapar...


Bila makanan nak sampai ni, cikgu nak burger kat atas tu boleh? Malas nak jawab...


Berebut-rebut nak salam


Bab posing memang mereka ni juara


Gigi sapa tertinggal tu?


Tempat ni paling best...tak payah berjalan


Oi, bas dah tunggu la...sibuk lagi nak beraksi

                         Seronok dan penat! Lawatan kali ini memang mengujakan. Seawal 7 pagi lagi murid-murid dah datang ke sekolah.....tak sabar-sabar nak naik bas. Maklumlah mereka ni ada yang tak pernah naik bas. Lawatan kali ini berjalan dengan lancar walaupun ada kalanya kelam kabut bila nak pergi ke tandas.  Ada yang nyaris tercicir sebab duduk menganga depan akuarium besar.
 
                         Sebanyak 2 tempat yang kami lawati iaitu Muzium TUDM dan Aquaria. Penat melayan kerenah murid-murid, macam nak demam rasanya. Tahun depan nak pergi mana pulak ye???