Melihat demonstrasi membuat coklat di kilang coklat Extreme
Demonstrator yang bertugas pada hari tersebut
Mengambil tempat di kilang beras Sunflower
Laluan ke bilik taklimat di kilang Sunflower
Disebabkan korang selalu makan nasi tak habis, nah tengoklah macamana nak buat sebutir beras.
Merasai nasi yang telah terhasil daripada beras tadi
Ini gambar yang skema, yang posing sakan tak boleh publish
Menyaksikan anak ayam menetas Menaiki burung unta
Angsa pun ada
Adik Auni yang berani
Seronok!!! itulah yang dapat dikatakan dengan lawatan pada tahun ini. Lokasi pertama kali adalah kilang coklat yang terletak di Balakong. Kami telah berpeluang melihat bagaimana coklat dibentuk dengan menggunakan acuan.
Lokasi kedua kami ialah kilang beras Sunflower. Kami berpeluang melihat sendiri bagaimana daripada padi menjadi nasi. Susahnya nak menghasilkan sebutir nasi. Lepas ni janganlah ada lagi pembuangan nasi.
Akhir sekali kami melawat ladang haiwan ternakan di Semenyih. Di sini murid berpeluang menunggang kuda padi yang comel dan juga burung unta yang tidak peramah. Seronok murid-murid meliahat angsa, itik, kambing dan proses penetasan anak ayam.
Walaupun penat tapi kami tetap seronok!
No comments:
Post a Comment